Friday, February 20, 2009

NAWAITU HATI

Nawaitu


A...aaaaaa
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari Keredhaan
DariMu Tuhan...Ku

Tuesday, February 10, 2009

Teruji Diri Dengan Ujian

Assalamualaikum

Suntuk betul masa kini, sampai ada yang kusut masai rambutnya, dan sampai ada yang terlupa melepaskan sanggulnya. Apa tidaknya, hari esok, Isnin dan hari mendatang kini bakal diisi dengan ujian dan peperiksaan kuliah. Bagi pelajar tahun akhir spt diri ini bertambah lagi dengan thesis projek dan lab report yang bertimbun menungu masa utk disiapkan. Maka makin bertambah lagi kesibukan serta tekanan yang hadir.

Maka semua sibuk dengan buku, dan nota, semua akan lupa akan perkara-perkara yang tidak terkait dalam pembelajaran. Maka manusia-manusia yang ada kini menumpukan sebaik mungkin usaha dan lelah mereka pada jitunya telahan mereka.

Budaya Biasa.

“Kenapa dia tu marah-marah?” tanya si A

“Entah? Bajet dia sorang nak exam?” jawab si B

Situasi yang kerap berlaku dalam tempoh peperiksaan ialah luntur budi pekerti dan akhlak. Bagai tercabut budi pekerti seperti tercabut kemuncup dari seluar. Jika sebelum ini wajahnya manis, pandai bergurau senda, berlapang dada, bermurah hati, tetapi semua itu boleh hilang dalam sekelip mata jika dalam tempoh peperiksaan.

Dalam tempoh inilah juga, ada saja yang bercakap soal jangan pentingkan diri sendiri, jangan lupa tanggungjawab, tetapi sebelum ini, kerja dibuat semua dengan cincai, bak kata orang tua-tua kalau orang malas, masak ayam bulu dibiarkan.

Menyusun Masa.

Susun masa bukan lah perkara luar biasa. Semua telah di ceritakan sejak dari kecil. Begitu juga dalam soal mengejar masa, semua itu telah lama hidup sejak dari kecil. Cuma, istilah ini hanya mampu hidup di saat peperiksaan sahaja.

Di waktu peperiksaan ini, masa di tumpukan sebaik mungkin, jangan ada yang bocor seperti mana bocornya bangunan Parlimen negara atau bocornya duit royalti minyak Terengganu. Tetapi kenapa akhlak dan budi pekerti juga dibiarkan bocor.

Stres, tekanan, emosi terganggu, hilang fokus, semua ini adalah alasan yang menjadi hujah sebab kenapa ramai yang begitu bertukar rupa sewaktu ujian hampir.

Maka tajuk post kali ini sengaja saya letakkan teruji diri dengan ujian. Merenung akan kata Prof. Dr. Hamka

"Maksud menuntut ilmu bukanlah semata-mata memperluas ilmu pengetahuan saja, melainkan untuk membentuk dan mempertinggikan peribadi. Antara ilmu dengan budi hendaklah isi-mengisi. Betapa pun banyak ilmu kalau tidak berisi budi hanya akan membawa kecelakaan. Dan budi yang tidak berisi ilmu tidak pula memberi manfaat kepada masyarakat"

Apa Cerita?

Kalau ada yang berkurung di dalam bilik atau tidak keluar rumah berhari-hari kerana membaca, itu normal bagi mereka yang membanting otak untuk exam mendatang. Tetapi kenapa perlu sampai mudah sensitif, mudah mengamuk, mudah berkecil hati?

Adakah akhlak dan budi pekerti adalah satu daripada beban yang memberatkan sehingga perlu ditanggalkan sementara supaya dapat memikul beban ilmu Allah?

Saidina Ali pernah berkata;"Yang terjahat dari teman-teman ialah orang-orang yang merasa berat untuk kamu, orang yang memerlukan kamu berlemah lembut kepadanya dan orang yang mendesak kamu kepada meminta maaf kepadanya"

Sama-sama kita renungi


Dipetik dari http://hijaudamai.blogspot.com/