Tuesday, December 23, 2008

HATI

Hati
Yang mati
Akan hilang kesedaran diri
Akan hilang keindahan hidup ini
Mengapa ini terjadi buat diri
Mungkin jua ujian dari Ilahi
Menguji ketabahan dan kecekalan diri
Dalam mengharungi dunia yang fana ini
Ujian buat diri dalam meniti arus duniawi
Hati,
Apa yang pasti kembalilah muhasabah diri
Andai diri berhaluan kiri
Kembalilah pada jalan Ilahi
Dekatkan diri pada Yang Maha Mengetahui
Hati,
Fahamilah erti kewujudan diri
Dalam dunia ini
Diri yang mencari cinta yang hakiki
Wujud sebagai hamba pada Yang Maha Mencintai
Hati,
Yang mati
Pasti bernyawa kembali
Andai Ilahi sebagai petunjuk buat diri
Meniti onak duri di dunia ini
Andai diri berjaya harungi
Ranjau berduri
Pasti kebahagian dan kesejateraan menanti
Di syurga menanti

Wednesday, December 17, 2008

KELAPANGAN

Sama2lah hayati maksud surah Al-Insyiroh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?

Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?

Yang membebankan punggungmu?

Dan Kami muliakan namamu.

Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.

Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.

Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusahpayahlah (mengerjakan lain pekerjaan)

Dan kepada Tuhanmu,berharaplah.

“.If you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.Ayat memujuk macam dalam al-Insyirah and ad-Dhuha.Sooth you anytime.Sweet!”...

verily after each difficulty,there’s a relief ;)

p/s: Dipetik dari sebuah novel yang ana baca dan kembali kepada tafsir Quran. Seharusnya kita percaya dengan janji2 Allah bhw disebalik kesusahan ada kelapangan..

Wanita Idaman


Wanita yang kusayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalirkan cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya
Berakhir…
Wanita yang ku rindui
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang ku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Wanita yang ku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang ku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
Wanita yang ku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan di belakang hari
Sesungguhnya
Wanita yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu, dan seluruh kaum Hawaku…
Jadilah kita…WANITA “Mujahidah yang diimpikan!!!



Monday, December 15, 2008

Salam

Assalamualaikum..
Alhamdullilah, dapat juga mencipta blog peribadi dgn tunjuk ajar dari seorang kakak senior yang sememangnye terror bab blog ni.
Apapun harapnye blog ini akan terisi dengan entri bermanfaat seindah namanya..Amin..