Thursday, December 3, 2009

Kembali Ke Asal


Sekarang kembali ke perancangan asal iaitu membuka ladang anggur. Dulu sempat beli tanah tp belum sempat dibajak, ana dpt tawaran kerja jd tanah tu belum dapat digembur. Sekarang dh berhutan kembali seperti asal. Maka sekarang ni ana kembali ke rutin asal. Menggembur tanah, membaja dan menabur benih untuk tanaman anggur. Cuma terfikir di kepala bolehkan ia membiak dan subur seperti anggur2 yg ditanam di tanah tinggi spt Cameron Highland. Berdebar pula menunggu hasilnya. Jika tanaman menjadi blh buka syarikat untuk menjual hasilnya. Lagipun ada shbt menawarkan kerjasama dlm mempromosikan penghasilan produk anggur ni...

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha

Salam buat pengunjung dan umat islam seluruh dunia.
Salam aidil adha dari saya. Moga2 kita semua dapat menghayati roh pengorbanan dalam diri. Ameeen..


p/s:buat shbt2 semua jemput ke rumah raya ni

Monday, October 19, 2009

BICARA HATI

Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menempuh liku-liku kehidupan ini
Ya Rahman, aku pohon kerahmatanMU dalam aku meniti onak duri yang mencabar
Ya Rahim, kurniaan aku ketenangan hati dalam aku menghadapi saat-saat sukar
Ya Alim, Engkau mengetahui aku kini memerlukan petunjuk dan hidayahMU dalam aku menentukan hala tuju hidupku
Kurniakanku kesabaran dan ketabahan Ya Allah.
Hanya padaMU aku berserah atas segalanya....
Amiiin...

Monday, August 24, 2009

TEROPONG HATI DALAM MEMBINA BAHAGIA

Ada 7 tips-tips membina bahagia:

1. Ketahui tujuan hidup. Selaklah panduan itu dalam agama. Kekalkan momentum diri dengan amalan agama yang konsisten. Doa adalah salah satu daripadanya.

2. Maafkan orang lain kerana itu adalah ibu kepada kebaikan dalam diri.

3. Berpuas hati dan redha dengan apa yang dimiliki. Berpuas hati dengan diri, keluarga dan rakan-rakan serta apa yang diperoleh dalam hidup. Raikan kejayaan-kejayaan kecil.

4. Carilah kebaikan dalam ujian hidup. Tangisi tetapi jangan kesali. Belajar daripada dugaan hidup dan pegang kebaikan itu sebagai ingatan.

5. Letakkan harapan yang realistik dalam hidup. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. Berpada-pada dengan harapan. Ia memberi kesan kepada emosi jika tidak kesampaian. Lihat kepada potensi diri kita

6. Dapatkan pandangan kedua dalam mencari bahagia. Pandangan daripada orang yang berpengalaman dalam hidup berkeluarga. Pasangan lama yang bahagia ada rahsia tersendiri.

7. Kekal hubungan baik dengan orang lain. Sayang dan hargai orang di hadapan kita semasa hayatnya.

Petikan dari sebuah buku yang dibaca berjudul "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullah" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.

Sama-samalah bermuhasabah diri dalam pencarian kebahagiaan di dalam menggapai redha Allah.

Saturday, August 22, 2009


Monday, May 18, 2009

KEJAR CITA-CITA?

Sejarah dah buktikan, orang-orang yang berjiwa besar je yang memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka tak difahami orang kebanyakan.Nie sebab impian mereka jauh terkedepan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia.

Tapi bukan setakat tu je,mereka jugak berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermatian deminya kerana impian itulah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.

Kita kena rasa kemulian dan keagungan impian kita nie. Ironi kalau nak banding dengan impian dan mental orang kebanyakan, lebih-lebih lagi remaja zaman sekarang yang sebaya dengan kita, cita-cita mereka rendah kerana jiwanya lemah, langsung tiada izzah.

Bergelumang dengan dosa dan maksiat. Leka dengan angan-angan kosong dan remeh, di alam komik yang tiada manfaat kepada syahid di jalan Allah, yakni di alam-alam yang rendah nilainya, tertutup dan terbatas ibarat alam katak di bawah tempurung.

Dan kira tanggungjawab kita jugak untuk membangunkan mereka yang tidur nie.

Oleh sebab tu kita kena ada cita-cita yang tinggi dan besar. Orang yang macam tu akan mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan mental yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan banyak alasan, kekalahan atau keputusasaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan.

Oleh tu,sahabat, bercita-citalah! Pancangkan cita-cita tu setinggi mungkin. Iringi dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk mencapainya. Semoga Allah SWT merahmati kita dengan memperkenankan cita-cita itu. Bercita-citalah, bukan hanya untuk dunia, tapi juga untuk akhirat.Tak ada nilai dunia nie kalau nak banding dengan akhirat.

“Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi;diriwayatkan oleh Imam Bukhari.”

“Ingatlah sahabat, impian adalah titik mula gerak langkah kita, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.”


Satu petikan dari novel yang ana baca.. Besar erti buat diri yang untuk kembali merenung diri dalam mengejar cita-cita yang diimpi..

Apa yang pasti, hanya diri yang mampu mengubah diri kepada yang diingini bersama petunjuk ILAHI..

Jaga diri, jaga hati, hiasi peribadi dengan akhlak pekerti bersama petunjuk ILAHI


YOUR CHOICE?



Live well or live hell?



YOU CHOOSE BY YOUR OWN..

Yes, I choose my choice.


Ni satu ayat yang dapat dipetik dari sebuah novel tulisan seorang insan yang menjadi idola. Satu ayat yang mana menjadikan daku merenung ke dalam diri, muhasabah kembali apa yang dilalui sehingga kini..

Adakah benar diri ini pasti pada jalan yang diredhai, diri ini sudah hebat tanpa perlu di nasihati, diri ini tidak tergugah dengan duniawi?

Kita hidup sbg hamba Ilahi.. Ini sudah pasti sejak azali lagi.....Namun perlu kita ingati yang kadang-kadang diri ini pasti tergugat hati.. Hanyut dalam kealpaan diri dengan arus duniawi..
Maka apa yang pasti kembali pada jalan yang pasti bersama petunjuk ILAHI..

Monday, March 23, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,

Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...




Friday, February 20, 2009

NAWAITU HATI

Nawaitu


A...aaaaaa
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari Keredhaan
DariMu Tuhan...Ku

Tuesday, February 10, 2009

Teruji Diri Dengan Ujian

Assalamualaikum

Suntuk betul masa kini, sampai ada yang kusut masai rambutnya, dan sampai ada yang terlupa melepaskan sanggulnya. Apa tidaknya, hari esok, Isnin dan hari mendatang kini bakal diisi dengan ujian dan peperiksaan kuliah. Bagi pelajar tahun akhir spt diri ini bertambah lagi dengan thesis projek dan lab report yang bertimbun menungu masa utk disiapkan. Maka makin bertambah lagi kesibukan serta tekanan yang hadir.

Maka semua sibuk dengan buku, dan nota, semua akan lupa akan perkara-perkara yang tidak terkait dalam pembelajaran. Maka manusia-manusia yang ada kini menumpukan sebaik mungkin usaha dan lelah mereka pada jitunya telahan mereka.

Budaya Biasa.

“Kenapa dia tu marah-marah?” tanya si A

“Entah? Bajet dia sorang nak exam?” jawab si B

Situasi yang kerap berlaku dalam tempoh peperiksaan ialah luntur budi pekerti dan akhlak. Bagai tercabut budi pekerti seperti tercabut kemuncup dari seluar. Jika sebelum ini wajahnya manis, pandai bergurau senda, berlapang dada, bermurah hati, tetapi semua itu boleh hilang dalam sekelip mata jika dalam tempoh peperiksaan.

Dalam tempoh inilah juga, ada saja yang bercakap soal jangan pentingkan diri sendiri, jangan lupa tanggungjawab, tetapi sebelum ini, kerja dibuat semua dengan cincai, bak kata orang tua-tua kalau orang malas, masak ayam bulu dibiarkan.

Menyusun Masa.

Susun masa bukan lah perkara luar biasa. Semua telah di ceritakan sejak dari kecil. Begitu juga dalam soal mengejar masa, semua itu telah lama hidup sejak dari kecil. Cuma, istilah ini hanya mampu hidup di saat peperiksaan sahaja.

Di waktu peperiksaan ini, masa di tumpukan sebaik mungkin, jangan ada yang bocor seperti mana bocornya bangunan Parlimen negara atau bocornya duit royalti minyak Terengganu. Tetapi kenapa akhlak dan budi pekerti juga dibiarkan bocor.

Stres, tekanan, emosi terganggu, hilang fokus, semua ini adalah alasan yang menjadi hujah sebab kenapa ramai yang begitu bertukar rupa sewaktu ujian hampir.

Maka tajuk post kali ini sengaja saya letakkan teruji diri dengan ujian. Merenung akan kata Prof. Dr. Hamka

"Maksud menuntut ilmu bukanlah semata-mata memperluas ilmu pengetahuan saja, melainkan untuk membentuk dan mempertinggikan peribadi. Antara ilmu dengan budi hendaklah isi-mengisi. Betapa pun banyak ilmu kalau tidak berisi budi hanya akan membawa kecelakaan. Dan budi yang tidak berisi ilmu tidak pula memberi manfaat kepada masyarakat"

Apa Cerita?

Kalau ada yang berkurung di dalam bilik atau tidak keluar rumah berhari-hari kerana membaca, itu normal bagi mereka yang membanting otak untuk exam mendatang. Tetapi kenapa perlu sampai mudah sensitif, mudah mengamuk, mudah berkecil hati?

Adakah akhlak dan budi pekerti adalah satu daripada beban yang memberatkan sehingga perlu ditanggalkan sementara supaya dapat memikul beban ilmu Allah?

Saidina Ali pernah berkata;"Yang terjahat dari teman-teman ialah orang-orang yang merasa berat untuk kamu, orang yang memerlukan kamu berlemah lembut kepadanya dan orang yang mendesak kamu kepada meminta maaf kepadanya"

Sama-sama kita renungi


Dipetik dari http://hijaudamai.blogspot.com/