Sunday, April 18, 2010

PISANG OH PISANG


Khasiat Buah Pisang

Tahukah Anda : Pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita..

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .



Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Monday, March 15, 2010

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Thursday, January 7, 2010

GURU OH GURU

Lilin Seorang Guru

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo... aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan... beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

p.s/ Renungi diri

Thursday, December 3, 2009

Kembali Ke Asal


Sekarang kembali ke perancangan asal iaitu membuka ladang anggur. Dulu sempat beli tanah tp belum sempat dibajak, ana dpt tawaran kerja jd tanah tu belum dapat digembur. Sekarang dh berhutan kembali seperti asal. Maka sekarang ni ana kembali ke rutin asal. Menggembur tanah, membaja dan menabur benih untuk tanaman anggur. Cuma terfikir di kepala bolehkan ia membiak dan subur seperti anggur2 yg ditanam di tanah tinggi spt Cameron Highland. Berdebar pula menunggu hasilnya. Jika tanaman menjadi blh buka syarikat untuk menjual hasilnya. Lagipun ada shbt menawarkan kerjasama dlm mempromosikan penghasilan produk anggur ni...

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha

Salam buat pengunjung dan umat islam seluruh dunia.
Salam aidil adha dari saya. Moga2 kita semua dapat menghayati roh pengorbanan dalam diri. Ameeen..


p/s:buat shbt2 semua jemput ke rumah raya ni

Monday, October 19, 2009

BICARA HATI

Ya Allah, tabahkan hati ini dalam menempuh liku-liku kehidupan ini
Ya Rahman, aku pohon kerahmatanMU dalam aku meniti onak duri yang mencabar
Ya Rahim, kurniaan aku ketenangan hati dalam aku menghadapi saat-saat sukar
Ya Alim, Engkau mengetahui aku kini memerlukan petunjuk dan hidayahMU dalam aku menentukan hala tuju hidupku
Kurniakanku kesabaran dan ketabahan Ya Allah.
Hanya padaMU aku berserah atas segalanya....
Amiiin...

Monday, August 24, 2009

TEROPONG HATI DALAM MEMBINA BAHAGIA

Ada 7 tips-tips membina bahagia:

1. Ketahui tujuan hidup. Selaklah panduan itu dalam agama. Kekalkan momentum diri dengan amalan agama yang konsisten. Doa adalah salah satu daripadanya.

2. Maafkan orang lain kerana itu adalah ibu kepada kebaikan dalam diri.

3. Berpuas hati dan redha dengan apa yang dimiliki. Berpuas hati dengan diri, keluarga dan rakan-rakan serta apa yang diperoleh dalam hidup. Raikan kejayaan-kejayaan kecil.

4. Carilah kebaikan dalam ujian hidup. Tangisi tetapi jangan kesali. Belajar daripada dugaan hidup dan pegang kebaikan itu sebagai ingatan.

5. Letakkan harapan yang realistik dalam hidup. Jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. Berpada-pada dengan harapan. Ia memberi kesan kepada emosi jika tidak kesampaian. Lihat kepada potensi diri kita

6. Dapatkan pandangan kedua dalam mencari bahagia. Pandangan daripada orang yang berpengalaman dalam hidup berkeluarga. Pasangan lama yang bahagia ada rahsia tersendiri.

7. Kekal hubungan baik dengan orang lain. Sayang dan hargai orang di hadapan kita semasa hayatnya.

Petikan dari sebuah buku yang dibaca berjudul "Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullah" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.

Sama-samalah bermuhasabah diri dalam pencarian kebahagiaan di dalam menggapai redha Allah.